Saturday 12 May 2012

warna tudung untuk diri kita?

Assalamulaikum
warna tudung apa yang sesuai untuk kulit kita?adakah hitam dan putih sahaja?.kalau boleh elakkan memakai tudung yang berwarna hitam dan putih sahaja.cubalah warna-warna yang terang.kerana ia menunjukkan korang berani memainkan warna.jangan anggap tudung tidak mempunyai peraturan,ada tahu.selain jenis fabrik,kesesuaian warna juga penting.

kulit cerah
warna hijau dan ungu lavender sesuai untuk kulit cerah.kerana wajah korang akan nampak segar berbanding warna merah jambu dan coklat muda yang membuatkan wajah korang nampak kusam.

kulit sawo matang
warna ungu,oren atau merah hati,hijau dan kuning sesuai untuk kulit yang sawo matang.elakkan memillih warna kelabu dan warna gelap kerana membuatkan penampilan korang tenggelam.

kulit gelap
kulit gelap,elakkan warna seperti coklat tua,hitam,merah tua,dan hijau.padukan warna terang dan gelap agar penampilan lebih terserlah dan segar.

kulit kuning langsat
sesuai menggayakan warna-warna tropika seperti biru,merah jambu,kuning,dan oren.warna hijau perlu dielakkan  kerana membuatkan wajah kelihatan kusam.

so,korang dah tahu warna apa yang sesuai untuk kulit korang.tetapi tidak semestinya warna yang sesuai sahaja yang  korang mesti beli,apa salah nya kalau mahu mencuba.betul tak?.dan najwa cilok sikit kat majalah hijabista.hehe.okeyla,selamat mencuba.
assalamualaikum.bubye=D

No comments:

Post a Comment