Tuesday 26 November 2013

ombre style

Assalamualaikum

pengayaan ombre sebenarnya sudah lama digayakan oleh masyarakat kita cuma kadang kadang kita tidak perasan bahawa pengayaan ombre ini adalah satu trend . mungkin korang semua tidak tahu apa itu ombre kan ? actually ombre itu adalah combinasi ataupun gabungan sesuatu warna dengan warna yang lain . 

stail ombre ini sudah pun menjadi trend di Malaysia . kalau kita tengok di baju kurung pun ada . cuma maybe korang anggap stail ombre ini adalah satu stail yang biasa . kalau di negara negara barat , masyarakat sana akan memakai stail ombre ni pada musim panas . 


cikepal

selalunya ombre ni ada dua warna . kalau yang lebih dua wana tu agak jaranglaa ada . 



shea rasol


pengayaan ombre ni boleh dikatakan pengayaan yang santai kerana dengan warnanya yang biasa tidak terlalu bright boleh menampakkan seseorang itu lebih kepada gaya santai . walaupun gaya ombre ini kita lihat simple , tetapi membolehkan si pemakai nampak bergaya .


gaya ombre ini bukan sahaja pada baju tetapi juga pada dress , seluar , skarf , bag dan kasut .

dianpelangi

untuk menyuaipadankan gaya ombre ini tidak susah sebenarnya . boleh digayakan dengan bermacam macam stail yang korang suka . senang je nak gayakan ombre ni . tak perlu terlalu banyak sangat gabungan dengan warna lain . aksesori seperti bangle chunky sangat sesuai digayakan dengan ombre ni . menampakkan si pemakai itu nampak lebih santai . pengayaan ombre ni boleh di mix and match kan dengan yang bercorak . lagipula , pengayaan ombre ini sangat sesuai untuk pergi bercuti . 

so, kepada yang ingin bergaya tapi malu itu bolehlah cuba gayakan ombre ni . tetapi bila dah pakai tu mestilah kena confident ya !

jadi,hanya disini sahaja laa untuk entry kali ini . najwa hanya share kat korang apa yang najwa tahu jee . nanti najwa lagi tentang fashion okey !

selamat mencuba !

Assalamualaikum . bubye =D


No comments:

Post a Comment