Wednesday 8 January 2014

top notch pants

Assalamualaikum

sorryyy semua najwa senyap jee tanpa ucapan happy new year hohoho . najwa tak berapa nak sihat so more focus pada diri . walaupun dah beberapa hari lepas tahun 2014 tapi aku still nak ucapkan selamat tahun baru ! 

so,today najwa akan kongsikan satu topik fashion iaitu top notch pants ! mungkin ada yang tertanya tanya apa tu top notch pants kan ? 

top notch pants ni adalah seluar yang mempunyai potongan straight . straight cut laa senang cerita . selalunya orang gayakan top notch pants pada events rasmi yang lebih kepada gaya formal . untuk pergi ke kerja pun ada . tapi sekarang di pentas peragaan ,top notch pants ni menjadi trends .bukan di pentas peragaan sahaja tetapi sudah menjadi trend bagi masyarakat diluar negara . masyarakat Malaysia pun apa kurangnya sudah pandai berjinak jinak dengan fashion . 

Diane Von Furstenberg

Calvin Klein

Emilia Wickstead

cara untuk mengayakan top notch pants ni tak susah . nak kepada stail kasual mungkin boleh matchkan dengan t-shirt ataupun jackets . kalau inginkan lebih kepada poprock ,  boleh padankan dengan jacket kulit tambahkan dengan sedikit assesori stud .bagi yang suka kepada glamor pun boleh digayakan dengan top notch pants ni cuma padankan top notch pants yang agak berbling bling ataupun warna yang stunning . boleh dipadankan dengan assesori seperti rantai yang bermanik . bermacam macam style kita boleh gayakan dengan top notch pants ni . ikut citarasa kita sendiri ingin sesuaikan ia seperti mana .

Mulberry

Prada

Roberto Cavalli

top notch pants ni sesuai dalam apa jua majlis . sama ada majlis formal atau pun majlis yang tidak formal . bukan pada majlis sahaja tetapi untuk pergi ke kerja pun boleh .

Balmain

Stella McCartney
top notch pants ni boleh dikatakan lebih kurang macam jumpsuits pants . ada yang straight cut ada yang sedikit slim cut . ada yang jenis labuh ada yang jenis sedikit pendek . macam macam ada . top notch pants ni sangat selesa .kalau tak percaya pakailah !

bagi yang berhijab , jangan risau . top notch pants ni amatlah sesuai dengan korang semua sebab seluar ni tak ketat so bolehlah gayakan dengan top yang up to date . kalau nak tutup bahagian pungung bolehlah pakai top yang labuh . jadi tak yah risau okey asalkan mengikut syariat islam .

so,najwa harap apa yang nak disampaikan oleh najwa dapat diterima okey . sorry kalau ada salah .apa apa pun selamat tahun baru !
Assalamualaikum . buby =D

No comments:

Post a Comment