Saturday 18 May 2013

Baju bermanik dan berkilau .beranikah ?

Assalamualaikum

pengayaan yang penuh dengan butiran manik semestinya kita akan terfikir hanya pada baju pengantin dan pada model model sahaja yang memakainya .manik,menunjukkan sesuatu baju itu nampak lebih cantik dan glamor .malah,penggunaan manik bukan sahaja di dress atau blouse tetapi pada jacket dan cardigan pun sudah ada dan menjadi trend masa kini .pengayaan manik sudah menjadi sinonim di pentas pentas peragaan.

di Malaysia,pengayaan manik sudah menjadi kebiasaan bagi kalangan wanita terutama sekali pada baju baju pengantin .pada sekarang,baju kurung atau jubah sudahpun telah ditaburi dengan manik manik .tetapi ada segelintir masyarakat yang tidak suka dengan baju yang bermanik kerana mereka menggangap baju yang bermanik hanya orang yang tertentu sahaja yang boleh memakainya dan mereka malu untuk memakainya .


by Giambattista Valli 

by Hatta Dolmat

sekarang ni kalau kita lihat ,manik bukan sahaja di dress sahaja malah di t-shirt,seluar,kolar baju,jacket,skirt,shoes,handbag pun ada.dan sudah pun menjadi trends .

baju yang bermanik bukan pakai apabila di majlis majlis kenduri sahaja tetapi di tempat lain pun boleh .tidak semestinya baju yang bermanik itu yang dari atas sampai bawah penuh dengan manik . bagi yang tidak terlalu suka sangat dengan manik maybe korang boleh pakai baju yang maniknya hanya sedikit .so,tidaklah nampak  terlalu glam sangat .

by Jason Wu

by Rochas

by Chanel

Ami Schaheera

haaa,tengok .wanita yang berhijab pun boleh pakai tahu .tetapi kena lah berani dan yakin ! 

by Chanel

pengayaan seperti ini mestilah berani dan yakin apa yang kita gayakan .barulah nampak cantik .dengan pengayaan manik menampakkan kita lebih menyerlah .ini sekali gus menunjukkan kita seorang yang berani mengayakan sesuatu pakaian .

kepada yang sukakan yang simple ,korang boleh mencuba dengan sedikit taburan manik dahulu tidak pun boleh mengayakan aksesori yang bermanik seperti gelang ,kolar baju ataupun rantai.bila dah yakin dan suka baru lah boleh pakai head to toe penuh dengan manik ! 

so,najwa hope korang semua enjoy dengan apa yang najwa nak share kat korang semua .sorry kalau penjelasan tentang ini tak begitu menarik .najwa hanya nak kongsi apa yang najwa tahu .
hope you guys like it !
Assalamualaikum.bubye =D

No comments:

Post a Comment